Hafizh in Seventh Heaven

13-Aug-2014 Intellasia | Sports247.my | 6:00 AM Print This Post

Another remarkable feat by Hafizh Syahrin Abdullah when the Moto2 rider topped his best record in Assen by finishing seventh in the Red Bull Indianapolis GP in United States of America yesterday.

Right off the Indianapolis Motor Speedway grid from 20th place, the PETRONAS Raceline Malaysia rider had to get his momentum going again after a red-flagged race to finish his run and set his time at 26:26.084s, six positions behind winner Mika Kallio of Marc VDS Racing Team (26:07.410s).

This is Hafizh’s best achievement for the season after a tenth place finisher in Netherlands that helped push the rider to 21th overall with 18 points.

“It’s really hard to put into words what had just happened and how ecstatic I am with this result. Unlike the previous races, it was unbelievable how many riders I surpassed to finish seventh,” held Hafizh.

“After overtaking a number of riders, I continued my good run with nothing else in mind except finishing the race.”

He added, “I’m deeply grateful to my team for a great job on my bike. Not to forget, my PETRONAS as my sponsor for the unending support till this day and also to the rest of the sponsors. To my fans, I thank you. This is a Hari Raya gift from me to you.”

Team manager, Barry Leong said in his statement, “An excellent performance by the young rider. I admit, it’s not easy for us to reach up to this point, especially Hafizh but he did an exceptional job.”

“The Moto2 class as we know is one highly-competitive category in premier level racing but Hafizh has proved his worth to sit right next to champions. We however, will not sit comfortably as there are many challenges waiting for us in the next round in Czech Republic.”

Moto2 Results

1 Mika Kallio Marc VDS Racing Team 26’07.410s

2 Maverick Vinales Paginas Amarillas HP 40 26’08.790s

3 Dominique Aegerter Technomag carXpert 26’09.106s

HAFIZH KETUJUH DI INDIANAPOLIS

Pelumba PETRONAS Raceline catat keputusan terbaik selepas Grand Prix Belanda

Hafizh Syahrin Abdullah sekali lagi mencatat keputusan membanggakan negara setelah memperaga aksi cukup cemerlang dengan kejayaan menamatkan saingan Moto2 Grand Prix Indianapolis Redbull, Amerika Syarikat di kedudukan ketujuh di Litar Indianapolis Motor Speedway, semalam.

Bermula dari petak ke-20, pelumba PETRONAS Raceline Malaysia itu menamatkan saingan yang terpaksa dimulakan semula selepas bendera merah dikibarkan akibat insiden kemalangan dengan masa keseluruhan 26:26.084s di belakang juara, Mika Kallio dari pasukan Marc VDS Racing Team yang menamatkan perlumbaan dengan masa 26:07.410s.

Pencapaian ini merupakan aksi terbaik Hafizh pada musim ini selepas mencatat kedudukan ke-10 sewaktu saingan Grand Prix Belanda Jun lepas yang membantu pelumba muda negara itu berada di tangga ke-21 keseluruhan dengan mengumpul 18 mata.

“Saya tak tahu bagaimana nak cakap, sukar untuk menggambarkan bagaimana gembiranya saya dengan keputusan ini. Saya bermula dengan begitu baik dan sama sekali tidak menyangka dapat memintas ramai pelumba ketika itu, berbeza sama sekali dengan perlumbaan-perlumbaan lepas,” ulas Hafizh.

“Selepas itu saya terus cuba memberikan aksi terbaik tanpa memikirkan banyak perkara lain. Saya hanya fokus dan melakukan apa yang sepatutnya. Saya memintas seorang demi seorang pelumba di depan saya sehingga ke garisan penamat.”

Mengulas lanjut, Hafizh berkata, “Saya berterima kasih kepada seluruh krew pasukan kerana melakukan kerja yang sangat baik. Begitu juga dengan penaja saya, PETRONAS kerana telah memberikan saya peluang sebegini sehingga ke hari ini dan tidak lupa juga penaja-penaja lain serta seluruh peminat yang tidak pernah berhenti menyokong saya selama ini. Ini juga adalah hadiah sempena Hari Raya Aidilfitri kepada semua.”

Sementara itu, pengurus pasukan PETRONAS Raceline Malaysia, Barry Leong berkata, “Persembahan yang amat cemerlang daripada pelumba muda Malaysia ini. Hafizh mencatat keputusan yang membanggakan kita semua di Indianapolis. Bukan mudah untuk mencapai keputusan seperti ini dan apa yang boleh saya katakan, Hafizh beraksi dengan cukup baik dan dia membuktikan keupayaannya walaupun hanya tahun pertama di kejuaraan dunia ini.”

“Seperti yang kita sedia maklum, kelas Moto2 ini merupakan kelas yang paling mencabar namun Hafizh telah membuktikan yang dia mampu memberikan saingan dan berada sebaris dengan pelumba-pelumba handalan lain. Meskipun begitu, kami tidak mahu terlalu meraikan kejayaan ini kerana masih banyak kerja yang perlu dilakukan bagi menghadapi perlumbaan berikutnnya di Republic Czech minggu ini.”

Keputusan Moto2

1 Mika Kallio Marc VDS Racing Team 26’07.410s

2 Maverick Vinales Paginas Amarillas HP 40 26’08.790s

3 Dominique Aegerter Technomag carXpert 26’09.106s

7 Hafizh Syahrin Abdullah PETRONAS Raceline Malaysia 26’26.084s

https://sg.news.yahoo.com/hafizh-seventh-heaven-094906978.html

 


Category: Malaysia

Print This Post

Comments are closed.